Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Salam tahun baru 2010 kepada semua rakan-rakan SMKS.....harap korang semua sihat , lagi satu hope korang dah ada azam tahun baru dan korang dah dapat ape yang korang nak pada tahun 2009 yang lepas....

Tahun 2010 ni tahun harimau mengikut kalender cina , so kalau ikutkan tahun nie kita kena lebih agresif giler untuk mencapai ape yang kita nak dan ape yang kita azamkan.......

Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap ape , saje nak wish selamat tahun baru jek.....

So have fun with u family and fwenn.......

Sunday, November 22, 2009

salam sayang.....

Asalammualaikum , salam satu Malaysia kepada semua sahabat alumni SMKS......sorry la yea lama tak update blog kita nie sebab busy ngan kerja dan masa yang terluang agak terhad sikit , jadi kalau korang ada idea or nak tulis dalam blog nie boleh , please email kat yang tetera tue okay....

Nie update terbaru , dengar cerita raimi budak kelas 5A baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru nie , yang akan datang rasidi kot nak kawin bulan nie tarikhnya 29 nov 2009 , ni pun Rohaida yang bagitahu saya....

Jadi kalau korang ada ape2 update bagitahu la.....sekurang-kurangnya blog nie boleh la kita rapatkan jurang yang lama dah terpisah nie....sebarkan tentang blog nie kepada kengkawan okay....

selamat bertemu kembali....

Saturday, September 5, 2009

salam ramadhan 1430....

Salam ramadhan kepada semua yang setia pada blog alumni SMKS tahun 2001 nie , bila masuk bulan yang mulia nie kita mesti teringat bermacam benda kan ? terutamanya juadah berbuka puasa , ingat nak shopping raya , ingat nak raya , ingat nak dapat or bagi duit raya dan bermacam-macam lagi lah....

Yang saya teringat sekarang nie adalah semasa dibangku sekolah dulu , apabila bulan ramadhan tiba ada diantara kita yang tak puasa dan makan kat tangga belakang kelas 5D dan ada yang makan kat belakang kantin lah dan banyak lagi lokasi korang....sungguh lawak dan kelakar bila terkenang zaman kita sekolah dulu , saya pasti kita semua rindukan zaman kita semasa di SMKS dulu kan ?

Kalau korang semua rindu zaman remaja semasa dibangku sekolah dulu kan ? apa kata korang hantar cerita korang kat email yang telah disediakan tue , boleh la semua orang baca tentang kita , ape-ape cerita pasal korang la.....mungkin korang ak cerita pasal sekolah dulu kew , atau tentang korang sekarang dah ada anak or dah berjaya nie......

Harap la dapat story dari korang semua ye....okay ? jumpa lagi dalam entri yang lain.....dan jangan lupa bagitahu le kat kengkawan yang lain tentang blog kita semua nie.....

salam ramadhan dan selamat berbuka puasa dan selamat bersahur........

Thursday, July 9, 2009

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.....

Bertemu kembali setelah sekian lama kita ex-student Sekolah Menengah Kebangsaan Subang sesi tahun 2001 meninggalkan sekolah lebih kurang 8 tahun yang lalu , walau bagaimanapun segala kenangan manis dan pahit tetap terpahat dalam sanubari kita sebagai bekas pelajar SMKS 2001 , segala yang berlaku sepanjang kita dibangku sekolah dahulu telah pun menjadi kenangan abadi .

Lapan tahun sudah berlalu dan hari ini ada diantara kita yang sudah berkahwin , bertunang dan ada juga yang sedang dilamun cinta yang sedang berbunga dan ada juga disebaliknya yang menanggung derita cinta , malah ada diantara kita yang mempunyai masalah kesihatan dan ada juga yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Apa pun buat yang telah meninggalkan kita buat selamanya AL-fatihah kita sedekatkan untuk rohnya .

Dengan adanya blog alumni SMKS 2001 ini secara tidak langsung kita dapat bertemu dan mencari kengkawan kita yang telah terputus hubungan dengan kita , mungkin ada diantara kengkawan kita dah bertukar no telefon atau yang berada diperantauan yang masih lagi menyambung pengajian dalam bidang masing-masing , jadi saya berharap agar kita dapat menyebarkan kepada kengkawan tentang kewujudan blog ini yea ,

Kalau dah ramai bekas pelajar SMKS sesi 2001 yang dah tahu dan berdaftar diblog ini secara tak langsung kita dapat mengetahui tentang maklumat terkini kengkawan kita yang dah lama kita tak jumpa dan boleh bertukar-tukar pendapat tentang bermacam-macam perkara , harapan saya agar pelbagai aktiviti sesama kita alumni SMKS 2001 dapat dijalankan kelak apabila sudah ramai yang mengetahui dan berdaftar disini .

Sebelum berakhir , saya memohon agar kengkawan semua dapat menyebarkan tentang kewujudan blog ini kepada kengkawan lain yea , jika kengkawan semua ada pendapat atau ingin menulis diblog ini silakan , jangan malu dan jangan segan untuk menghantar segala cerita yang ingin dikongsikan pada alamat email yang tertera : smks2001@gmail.com

Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat reunion kepada kita semua...... jumpa lagi dalam coretan yang akan datang , jangan lupa tinggalkan komen anda..... salam sayang !!!