Thursday, July 9, 2009

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.....

Bertemu kembali setelah sekian lama kita ex-student Sekolah Menengah Kebangsaan Subang sesi tahun 2001 meninggalkan sekolah lebih kurang 8 tahun yang lalu , walau bagaimanapun segala kenangan manis dan pahit tetap terpahat dalam sanubari kita sebagai bekas pelajar SMKS 2001 , segala yang berlaku sepanjang kita dibangku sekolah dahulu telah pun menjadi kenangan abadi .

Lapan tahun sudah berlalu dan hari ini ada diantara kita yang sudah berkahwin , bertunang dan ada juga yang sedang dilamun cinta yang sedang berbunga dan ada juga disebaliknya yang menanggung derita cinta , malah ada diantara kita yang mempunyai masalah kesihatan dan ada juga yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Apa pun buat yang telah meninggalkan kita buat selamanya AL-fatihah kita sedekatkan untuk rohnya .

Dengan adanya blog alumni SMKS 2001 ini secara tidak langsung kita dapat bertemu dan mencari kengkawan kita yang telah terputus hubungan dengan kita , mungkin ada diantara kengkawan kita dah bertukar no telefon atau yang berada diperantauan yang masih lagi menyambung pengajian dalam bidang masing-masing , jadi saya berharap agar kita dapat menyebarkan kepada kengkawan tentang kewujudan blog ini yea ,

Kalau dah ramai bekas pelajar SMKS sesi 2001 yang dah tahu dan berdaftar diblog ini secara tak langsung kita dapat mengetahui tentang maklumat terkini kengkawan kita yang dah lama kita tak jumpa dan boleh bertukar-tukar pendapat tentang bermacam-macam perkara , harapan saya agar pelbagai aktiviti sesama kita alumni SMKS 2001 dapat dijalankan kelak apabila sudah ramai yang mengetahui dan berdaftar disini .

Sebelum berakhir , saya memohon agar kengkawan semua dapat menyebarkan tentang kewujudan blog ini kepada kengkawan lain yea , jika kengkawan semua ada pendapat atau ingin menulis diblog ini silakan , jangan malu dan jangan segan untuk menghantar segala cerita yang ingin dikongsikan pada alamat email yang tertera : smks2001@gmail.com

Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat reunion kepada kita semua...... jumpa lagi dalam coretan yang akan datang , jangan lupa tinggalkan komen anda..... salam sayang !!!